18.4.11

Terma & Syarat

SYARAT-SYARAT PENGINAPAN DI AVENIR CHERATING HOMESTAY


Dengan ini tuan/puan bersetuju dengan syarat-syarat berikut:-


1. MASA DAFTAR MASUK (CHECK IN) & DAFTAR KELUAR (CHECK OUT)
  • Masa daftar masuk (check in): 2.00pm
  • Masa daftar keluar (check out): 12.00pm

(Pelanggan yang berhasrat untuk daftar masuk atau daftar keluar selain dari masa yang ditetapkan adalah bergantung kepada budi bicara pihak kami dan aturan keluar masuk pelanggan lain)


2. BAYARAN HOMESTAY DAN DEPOSIT

Setiap pelanggan yang berhasrat untuk menginap di Avenir Cherating Homestay perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM 100 dan menjelaskan bayaran penuh kepada pihak kami sewaktu daftar masuk. Bayaran deposit akan dipulangkan kepada pelanggan sekiranya tidak terdapat kekotoran dan kerosakan di homestay.


3. TEMPAHAN, PEMBATALAN DAN PINDAAN TARIKH
  • Sebarang tempahan awal boleh dibuat dengan menghubungi pihak kami dan kami akan menerima tempahan tersebut bergantung kepada kekosongan pada tarikh yang ditempah.  Bayaran deposit harus dijelaskan semasa tempahan.
  • Sebarang pembatalan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh kemasukan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan bayaran deposit tidak akan dipulangkan.
  • Sebarang perubahan tarikh oleh pelanggan hendaklah bergantung kepada budi bicara dan kekosongan Avenir Cherating Homestay.


4. BARANGAN DI DALAM HOMESTAY
  • Semua peralatan dan perabot di Avenir Cherating Homestay merupakan hak milik homestay ini. Sila gunakan dengan berhemah untuk kesenangan bersama.
  • Pastikan semua suis alatan elektrik ditutup sekiranya anda tiada di dalam homestay atau tidak digunakan.
  • Dilarang mengubah atau mengalihkan perabot yang terdapat di dalam homestay ini dan kebersihan homestay hendaklah di jaga sepanjang masa.
  • Sebarang kerosakan dan kehilangan barangan homestay ini hendaklah diganti oleh pelanggan.
  • Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera kepada kami.


5. PENGGUNAAN DAPUR
  • Peralatan yang disediakan di dapur boleh digunakan oleh pelanggan.
  • Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.


6. SYARAT – SYARAT LAIN
  • Barangan seperti senjata api, alkohol, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain - lain yang dilarang oleh Pihak Berkuasa tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam homestay.
  • Pastikan kenderaan anda diletakkan dalam keadaan berhemah tanpa menganggu lalu lintas.
  • Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
  • Segala barangan peribadi anda adalah atas tangungjawab anda sendiri. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kehilangan barang berharga sepanjang anda menginap di sini.

Hanya tetamu MUSLIM yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap.

Lokasi Avenir Cherating Homestay ini terletak di kawasan kejiranan. Elakkan daripada membuat bising dan pastikan anda menjaga adab – adab berjiran sepanjang masa anda menginap.


Terima Kasih Atas Kerjasama Anda


Pihak Pengurusan
Avenir Cherating Homestay

0 comments: