April 2011 - Archive

30.4.11

Rakan Niaga



PAHANG
Noni Manja
Fraser Hill Holiday Apartment And Homestay
Homestay Pekan
Bakti Homestay Kuantan
Homestay Di Bera
Pondok Melor Homestay, Balok

PERAK
CT Homestay, Trolak
Shanana Homestay, Ipoh
Homestay Teluk Intan

SABAH
Hawani Apartment, Kota Kinabalu
Apartment in Kota Kinabalu

TERENGGANU
Homestay Nur Kasih, Kuala Terengganu
D'Losong Homestay, Kuala Terengganu

NEGERI SEMBILAN
Miemsuia Homes, Port Dickson

MELAKA
Della Homestay, Bandar Melaka

PENANG
Homestay@Batu Feringghi Penang

KEDAH
Taman Rakyat Mergong (Vistana3)

______________________________________________________________________________________________

18.4.11

Terma & Syarat

SYARAT-SYARAT PENGINAPAN DI AVENIR CHERATING HOMESTAY


Dengan ini tuan/puan bersetuju dengan syarat-syarat berikut:-


1. MASA DAFTAR MASUK (CHECK IN) & DAFTAR KELUAR (CHECK OUT)
  • Masa daftar masuk (check in): 2.00pm
  • Masa daftar keluar (check out): 12.00pm

(Pelanggan yang berhasrat untuk daftar masuk atau daftar keluar selain dari masa yang ditetapkan adalah bergantung kepada budi bicara pihak kami dan aturan keluar masuk pelanggan lain)


2. BAYARAN HOMESTAY DAN DEPOSIT

Setiap pelanggan yang berhasrat untuk menginap di Avenir Cherating Homestay perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM 100 dan menjelaskan bayaran penuh kepada pihak kami sewaktu daftar masuk. Bayaran deposit akan dipulangkan kepada pelanggan sekiranya tidak terdapat kekotoran dan kerosakan di homestay.


3. TEMPAHAN, PEMBATALAN DAN PINDAAN TARIKH
  • Sebarang tempahan awal boleh dibuat dengan menghubungi pihak kami dan kami akan menerima tempahan tersebut bergantung kepada kekosongan pada tarikh yang ditempah.  Bayaran deposit harus dijelaskan semasa tempahan.
  • Sebarang pembatalan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh kemasukan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan bayaran deposit tidak akan dipulangkan.
  • Sebarang perubahan tarikh oleh pelanggan hendaklah bergantung kepada budi bicara dan kekosongan Avenir Cherating Homestay.


4. BARANGAN DI DALAM HOMESTAY
  • Semua peralatan dan perabot di Avenir Cherating Homestay merupakan hak milik homestay ini. Sila gunakan dengan berhemah untuk kesenangan bersama.
  • Pastikan semua suis alatan elektrik ditutup sekiranya anda tiada di dalam homestay atau tidak digunakan.
  • Dilarang mengubah atau mengalihkan perabot yang terdapat di dalam homestay ini dan kebersihan homestay hendaklah di jaga sepanjang masa.
  • Sebarang kerosakan dan kehilangan barangan homestay ini hendaklah diganti oleh pelanggan.
  • Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera kepada kami.


5. PENGGUNAAN DAPUR
  • Peralatan yang disediakan di dapur boleh digunakan oleh pelanggan.
  • Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.


6. SYARAT – SYARAT LAIN
  • Barangan seperti senjata api, alkohol, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain - lain yang dilarang oleh Pihak Berkuasa tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam homestay.
  • Pastikan kenderaan anda diletakkan dalam keadaan berhemah tanpa menganggu lalu lintas.
  • Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
  • Segala barangan peribadi anda adalah atas tangungjawab anda sendiri. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kehilangan barang berharga sepanjang anda menginap di sini.

Hanya tetamu MUSLIM yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap.

Lokasi Avenir Cherating Homestay ini terletak di kawasan kejiranan. Elakkan daripada membuat bising dan pastikan anda menjaga adab – adab berjiran sepanjang masa anda menginap.


Terima Kasih Atas Kerjasama Anda


Pihak Pengurusan
Avenir Cherating Homestay

Menarik di Cherating

Antara perkara menarik yang anda boleh lakukan sekitar Cherating dan jarak dari Avenir Cherating Homestay:-

Pantai Cherating - 6 km


Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating - 6 km


Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Cherating - 4 km


Melihat Kelip-Kelip / Fireflies Watching - 3 km




Mangrove River Cruise di Sungai Cherating - 3km


Mencanting Batik - 3km


Kemaman - 25km


Pantai Balok - 30 km


Pantai Teluk Cempedak, Kuantan - 55 km


Menu Ikan Bakar, Tanjung Lumpur - 55 km

Kadar Bayaran & Tempahan

Kadar Bayaran:
    • RM 250/hari (sewaan); bayaran sewaan penuh harus dilangsaikan pada hari pertama.
    • Bayaran booking (deposit) dikenakan sebanyak RM 100 semasa tempahan. Deposit dan akan dipulangkan semasa check out.
    • Harga sewaan boleh dirunding mengikut bilangan hari menginap.



       Pertanyaan / Tempahan: 
      » Hamidi (017-9696916) 
      » Nolee (012-2816463) 


      @PM kami di Facebook Avenir Cherating